Sekarang ini banyak tracker dibeli untuk merekodkan aktiviti bersukan seperti berjalan, berjogging, berbasikal dan berenang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebenarnya fungsinya jauh lebih berguna daripada itu.

Alat tracker ini diterima sebagai bahan bukti di mahkamah !

Seorang wanita dari Calgary, Canada mengalami kemalangan empat tahun yang lalu.

Kini, dalam tuntutan samannya, wanita ini akan menggunakan gelang tracker Fitbit sebagai bahan bukti.

Caranya ialah, aktiviti pergerakan hariannya direkod melalui Fitbit dan dianalisis oleh syarikat Vivametrica.

Seterusnya, hasil analisis ini akan dirumuskan dalam bentuk laporan dan dihantar ke mahkamah.

Peguam wanita ini, Simon Muller yakin data ini akan membantu anak guamnya kerana wanita ini dahulunya seorang jurulatih peribadi yang sihat dan aktif.

Kisah penuh boleh diikuti Forbes.com.

p/s : Nak tengok tracker berupa macaron ? Lihat sini ya.

Like page The Vocket di Facebook