Kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh Yuna di Amerika. Dalam berita yang dilaporkan Astro Awani, album terbaru Yuna, Chapters diiktiraf sebagai antara album R&B terbaik bagi tahun ini.

Hunter Killer Photo

HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →
Yuna, 'Chapters' Yuna, ‘Chapters’

Yuna sendiri memuatnaik keratan artikel majalah Rolling Stone di mana pengarangnya, Mosi Reeves memuji kemampuan Yuna menulis lirik lagu.

Yuna ish

Album Chapters mudah mendapat tempat di hati peminat muzik antarabangsa kerana terdapat dua lagu dalam album ini di mana Yuna bergandingan dengan dua artis antarabangsa iaitu Usher dan Jhene Aiko menerusi lagu Crush dan Used To Love You.

Album R&B dari Beyonce, Lemonade berada di tangga teratas untuk kategori ini. Dengan pengiktirafan dari majalah terkenal Rolling Stones ini, Yuna pastinya lebih bersemangat untuk menghasilkan album dan single yang lebih baik di masa akan datang. Tahniah buat Yuna!

BACAAN SETERUSNYA