Sedekad yang lalu, penyertaan satu sahaja kamera sudah cukup bagi sesebuah smartphone. Tujuannya mudah, sekadar untuk mengambil gambar dan disimpan sebagai memori.

Peperangan smartphone camera pada ketika itu mungkin bukan sesuatu yang hangat berbanding sekarang. Jika adapun, peperangan diantara Nokia dan Sony Ericsson berdasarkan lensa Carl Zeiss dan Cybershot.

Walaubagaimanapun, semuanya berubah sedikit demi sedikit selepas kamera yang cantik dan jelas menjadi keperluan. Bermula dengan sekadar perkongsian di media sosial, kini menjadi perlumbaan imej tercantik di Instagram dan VSCO.

Dan pada hari ini, Alcatel telah memperkenalkan Alcatel Flash dengan penyediaan 4 kamera. Dua di hadapan dan dua di belakang. Alasannya mudah, membolehkan pengguna mendapatkan gambar cantik dan sharp, disertakan dengan bokeh.

Penyertaan 4 kamera di dalam sebuah smartphone ini juga bermakna Alcatel berjaya menjadi yang pertama di dunia dengan teknologi seperti ini.

Kamera hadapan alcatel dikuasakan dengan kamera 8 dan 5 megapixel
disertakan dengan kamera belakang 13 megapixel bagi kedua-dua lensa

Selain itu, Alcatel turut memuatkan processor Mediatek sehingga 10 core serta RAM 3 GB. Jika dilihat dari segi spesifikasi, Alcatel Flash sememangnya direka buat mereka yang mahu fokus dengan kamera keluaran mereka berbanding pretasi kelajuan smartphone mereka.

Pada pendapat anda, adakah penyertaan 4 kamera pada sebuah smartphone ini bakal menjadi trend untuk smartphone terbaru yang bakal dikeluarkan nanti? Jika ya, adakah anda memerlukan smartphone seperti ini?

Sumber