Peminat setia Arctic Monkeys pasti akan mengikuti perkembangan terbaharu kumpulan tersebut, baik dari menonton lagu baharu daripada rakaman album hingga ke persembahan secara langsung. Semalam vokalis kumpulan tesebut mengejutkan peminat-peminat dengan imej terbaharunya.

Alex Turner yang tampil di salah sebuah program bual bicara yang terkenal di Amerika yang begitu santai mendendangkan ‘Ultracheese’ dengan berimej botak. Pastinya timbul sedikit kekesalan dalam kalangan peminat yang menyukai imej beliau berambut panjang dengan penampilan baharunya kini. Berikut kami sertakan sekali video dendangan ‘Ultracheese’ untuk hiburan anda.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group