Mungkin ramai yang beranggapan laporan berita sama ada di TV atau di mana-mana platform kebanyakannya akan menggunakan gaya yang sama saja seperti sebelum ini.

Namun laporan berita oleh wartawan TV3 untuk Buletin Utama ini pasti akan mengubah pandangan anda dan pada masa sama mencuit hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

Tidak seperti laporan-laporan berita seperti kebiasaan sebelum ini, telatah pembaca berita ini yang mengenakan baju sekolah dan berada dalam kelas sambil ‘ditegur’ gurunya pasti akan membuatkan anda terhibur.

Beliau yang ketika itu sedang membuat laporan bersempena dengan pembukaan kembali sesi persekolahan dilihat cuba untuk melakonkan watak sebagai salah seorang pelajar dalam kelas tersebut.

Telatahnya yang ‘bercakap’ ketika cikgunya sedang mengajar itu mula mencuri perhatian sejak semalam dan sudah mencatatkan hampir 150,000 tontonan dan lebih 10,000 perkongsian di Twitter.

Bukan saja teruja dengan telatah pembaca berita tersebut, malah netizen juga sempat meninggalkan pujian buat guru tersebut yang ‘sporting habis’ dalam membantu pembaca berita itu menyampaikan laporan.

Buletin Utama TV3 sebelum ini juga pernah menjadi tumpuan apabila menemukan kembali gelandangan dengan keluarganya yang terpisah sejak 20 tahun lalu. Baca mengenainya di pautan di bawah.

Berita TV3 Temukan Kembali Keluarga Dengan Gelandangan Terpisah Lebih 20 Tahun

Keliru Fedtri Yahya Dengan Ally Iskandar, Telatah Kanak-Kanak Ini Cuit Hati Netizen

‘Hampir Meroyan Lahirkan Anak Di Penjara’- Tonton Luahan Pilu Banduan Akhir Ini

Anda Mungkin Suka