Ali Banat, lahir dan membesar di Sydney, Australia. Diusia yang masih muda beliau sudah miliki segalanya yang diidamkan oleh setiap anak muda seusianya. Keluar dari kongkongan kewangan serta mempunyai kuasa membeli yang tinggi dengan kemewahan yang luar biasa.

Namun, kebahagiaannya seolah disentap apabila mendapati dirinya didiagnosa kanser, dan peluang untuk terus hidup dijangka tinggal beberapa bulan sahaja. Walau air matanya mengalir, jauh di sudut hatinya beliau merasa sangat bersyukur dengan ujian yang ditimpakan ke atasnya.

Ujian itu menyedarkannya bahawa hidup bukanlah semata-mata untuk mengejar keseronokan dan mengumpul wang ringgit. Tetapi sebagai manusia, nilai hidupnya harus lebih daripada itu.

alibanat

Rasa syukurnya dizahirkan melalui MATW Project, sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu mereka yang perlu dibantu.

Tonton kisah penuh Ali Banat di sini:

Cabaran yang dialami oleh seseorang itu bukanlah perihal betapa beratnya cabaran tersebut tetapi bagaimana seseorang itu menghadapi cabarannya. Kadangkala, disahkan penyakit yang mempunyai ‘dateline’ di dunia ini adalah lebih baik kerana membuatkan diri sentiasa bersedia untuk ke fasa yang seterusnya.

Sesungguhnya orang yang diuji dengan sakit ini tinggi darjatnya sekiranya dia bersabar. Sokong dan doronglah mereka untuk menjadi lebih kuat.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram