Pelawak dan juga adik kepada allahyarham Abam Bocey, Ali Puteh memberitahu dia menerima hampir 100,000 permohonan maaf daripada netizen selepas membuat sidang media menjelaskan perselisihan faham antara beliau dan kakak iparnya baru-baru ini.

Ali Puteh sebelum ini teruk dikecam netizen selepas memuatnaik status yang dianggap keterlaluan terhadap kakak iparnya di media sosial. Status itu dipercayai dimuat naik selepas temubual kakak iparnya, Siti Nurhidayah bersama Alif Syukri dimuat naik ke media sosial oleh usahawan kosmetik itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Alif bagaimanapun telah membuat sidang media yang menjelaskan perkara tersebut dan memohon maaf di atas perkara itu.

alif

Menurut Harian Metro, Ali bukan saja teruk dikecam secara umum namun di media-media sosial namun mengakui turut menerima 700,000 mesej kecaman yang dikatakan mengutuk keluarganya berpunca daripada tindakannya memuat naik status tersebut.

“Saya dan keluarga dihina teruk dan maruah kami diaibkan. Kecaman dilemparkan netizen kepada kami sekeluarga sangat hebat.

“Namun, selepas saya mengadakan sidang media baru-baru ini menjelaskan cerita sebenar, lebih 90,000 DM meminta maaf yang saya terima,” katanya.

feat2

Terdahulu, temubual yang dilakukan usahawan kosmetik Alif Syukri itu menjadi tumpuan selepas ada dakwaan yang mengatakan berlakunya kekangan dalam soal kewangan dan harta peninggalan arwah daripada pihak keluarga Ali.

Ali kemudiannya memuat naik satu status di Instagram bagi memberi respons tentang dakwaan itu sebelum memadamkannya dan mengadakan sidang media bagi memohon maaf mengenai keterlanjurannya itu.

Mengakui tidak dapat tidur lena selepas insiden itu, Ali bagaimanapun memberitahu dia sudah pun memaafkan netizen yang mengecam beliau dan keluarga sebelum ini.

“Dengan seikhlas hati, saya tegaskan segala dosa mereka yang kecam saya dan keluarga sudah dimaafkan.

“Saya berlapang dada memaafkan anda semua,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini,” katanya.

Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar  bin Syed Mohd Redzuan, 32 tahun meninggal dunia pada Februari lalu di kediamannya di Gombak. Al Fatihah.

Pelawak Terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Sumber