Susulan daripada satu video yang dimuat naik oleh Ali Puteh semalam, Ali ternyata kecewa videonya itu telah disalah erti malah disindir oleh netizen.

Dalam perkongsian terkini di Instagram, Ali membaca komen ramai yang bergelak ketawa dan meninggalkan komen sindiran terhadap taburan garam, kulit limau dan bangkai yang ditemuinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Cofyht3yloz/

“Ada yang ejek ini sebagai jenaka, ada yang komen ini rekaan. Siap tulis jangan lupa tambah garam dalam masakan. Tidak kena pada anda semua, kalau kena pada yang komen tahulah semua. Baru tahu apa yang kami sekeluarga rasa.

“Ini barang jangan dibuat main. Pada si penabur jangan risau. Kita dah pulangkan ‘barang’ kamu. Semoga Allah beri keampunan,” tulis Ali. Ruangan komen pada perkongsian itu bagaimanapun telah dikunci.

Dalam laporan Harian Metro semalam, balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 30, kecewa apabila adik iparnya, Ali Puteh dan keluarganya hanya berdiam diri dan tidak membuat bayaran sebanyak RM60,000 seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Hidayah dalam satu hantaran video di TikTok meminta pihak mereka menyegerakan bayaran RM60,000 itu seperti diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.