Orang bujang sedunia mengkayakan Alibaba sebanyak US$1 billion dalam tempoh 8 minit sahaja berbanding tahun lepas, 17 minit. Ini semua gara-gara jualan di Hari Bujang (Single’s Day) yang bersamaan dengan Black Friday China.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Pada pertengahan hari, jualan telah mencecah US$9 billion iaitu bersamaan dengan jualan sepanjang hari Alibaba sempena Hari Bujang pada tahun lepas. JD.com, syarikat platform e-dagang kedua terbesar di China pula hanya mendapat 14 juta pesanan.

Hari Bujang atau Double 11 dicipta oleh sekumpulan pelajar kolej pada tahun 1990-an bagi mereka yang tiada pasangan dan ia umpama anti Hari Valentine telah menjadi hari terbesar dan terbaik untuk membeli-belah di atas talian di seluruh dunia dengan melibatkan transaksi bernilai beberapa billion dolar.

Menurut International Data Corporation (IDC), jualan tahun ini telah mencapai US$14 billion. Nampaknya objektif Hari Bujang tercapai kerana ramai orang bujang di luar sana melakukan terapi membeli-belah bagi menangani rasa kesunyian hati yang lara.

Adakah ini bermakna semakin ramai orang bujang (berduit)?

On #SinglesDay, China found a way to ease the pain of being single:

Posted by AJ+ on Wednesday, November 11, 2015

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka