Setiap tahun jualan 11.11 sememangnya dinanti-nantikan oleh semua masyarakat kerana semua platform jualan atas talian akan mengadakan jualan dengan diskaun terbesar akan dijalankan di seluruh dunia. Jualan 11.11 atau juga dikenali sebagai jualan Single’s Day juga disertai oleh platform jual beli terbesar, Alibaba.

Semalam dalam masa satu jam 48 saat jualan, nilai dagangan kasar (GMV) Alibaba telah mencecah RMB69.3 bilion bersamaan USD10 billion (±RM42 billion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bukan itu sahaja menerusi acara jualan ini juga memecah rekod baru dunia dengan mencapai GMV 6.9 billion melalui transaksi Alipay dalam tempoh 1 minit 25 saat sebaik sahaja acara ini dibuka secara rasmi jam 12 malam.

Difahamkan bukan sahaja rakyat China yang menyertai beli belah 11.11 ini bahkan seluruh dunia turut menyumbang kepada kejayaan ini. Buat para peniaga atau reseller semalam merupakan hari untuk menambah stok barangan dengan harga lebih rendah.