Syarikat heavyweight e-commerce dari China, Alibaba sudah nampak keupayaan pasaran online di rantau Asia Tenggara. Alibaba mengumumumkan sudah bersetuju untuk membeli USD 1 billion pegangan dalam Lazada, yang merupakan saingan syarikat itu di Asia Tenggara.

Pegangan yang dibeli Alibaba melibatkan USD500 juta equity baru yang dikeluarkan Lazada dan USD500 juta lagi adalah pegangan saham dari investor yang sedia ada. Lazada ketika ini dinilaikan pada USD1.5 billion menurut Rocket Internet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Pasaran Asia Tenggara adalah sangat menarik dengan konsumer yang membeli produk menggunakan telefon pintar. Pasaran ini mempunyai banyak ruang untuk berkembang di masa akan datang,” kata Maxx Bittner, CEO Lazada Group. Maxx menambah dengan perjanjian ini, servis mereka akan menjadi lebih baik dengan bantuan teknologi,servis dan kepakaran yang ada pada Alibaba.

Nampaknya Alibaba mahu tawan industri e-commerce seluruh dunia. Jack Ma memang seorang yang bijak kerana pasaran Asia Tenggara ada 560 juta konsumer, memang lubuk emas baru buat Alibaba. Apa bentuk perubahan yang akan berlaku pada Lazada nanti? Kita tunggu dan lihat.

jack-ma-alibaba-group-d8708d3c7e8a6422

Sumber