Sebuah lagi durian runtuh buat platform e-commerce pilihan Asia Tenggara dan Rakyat Malaysia iaitu Lazada selepas berjaya menerima dana pelaburan sebanyak $2 bilion (RM7.83 bilion) daripada Alibaba. Sebuah platform yang sangat terkenal di mata dunia dan juga China yang dipopularkan oleh Jack Ma.

Difahamkan pelaburan tambahan yang dibuat oleh Alibaba ini dibuat setelah Lazada konsisten dalam menunjukkan angka positif serta peningkatan bilangan pengguna pada setiap tahun.

jackma

Pelaburan Alibaba buat syarikat Lazada bukanlah sesuatu yang baru, sebelum ini syarikat ini sudahpun melabur $2 bilion (RM7.83 bilion) di dalam saham Lazada pada tahun lalu.

Berdasarkan pelaburan yang dibuat ini, struktur organisasi syarikat ini turut sedikit berubah dimana Lucy Peng yang sebelum ini merupakan chairman Lazada kini dilantik sebagai CEO menggantikan Maxx Bittner.

Lucy Peng, CEO terbaru Lazada Asia Tenggara
Lucy Peng, CEO terbaru Lazada Asia Tenggara

Pelaburan yang dibuat Alibaba ini adalah sebagai langkah awal untuk mengekalkan ‘kuasanya’ sebagai pemegang platform e-commerce terbesar asia sebelum Amazon melebarkan sayapnya di Asia.

Tahniah diucapkan atas hasil usaha Alibaba dan Lazada. Semoga lebih banyak promo bakal ditawarkan buat kedua-dua syarikat ini khusus buat para pengguna. Adakah anda juga salah seorang daripada pengguna platform e-commerce terkenal ini?

Sumber