Sejak mula Alibaba menjalankan promosi Single’s Day pada tarikh 11.11, jumlah kutipan jualan terus meroket pada setiap tahun. Pada tahun ini, Alibaba sekali lagi mengulangi skrip yang sama dimana syarikat dari China ini berjaya mengutip $30.8 bilion (RM128.91 bilion) sepanjang 24 jam promosi berlangsung.

Jumlah yang direkodkan ini jauh meninggalkan rekod pada tahun lalu dengan peningkatan sebanyak 27%. Lebih hebat, satu per tiga daripada jumlah jualan berjaya diperoleh pada satu jam pertama promosi berlangsung dimana Alibaba berjaya memperoleh $10 bilion. Malah, promosi Single’s Day ini sekaligus mengalahkan kesemua hari promosi barngan yang dijalankan sepanjang sejarah Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada tahun ini, Alibaba serta Lazada selaku platform e-dagang Asia Tenggara menjalankan promosi dengan lebih awal dan meriah berbanding sebelum ini. Di Malaysia, konsert sempena jualan 11.11 telah dijalankan manakala di China selebriti seperti Miranda Kerr dan Mariah Carey telah dijemput untuk merancakkan lagi Single’s Day.

Jualan 11.11 yang berlangsung pada kali ini nampaknya sedikit berbeza buat Alibaba memandangkan Jack Ma bukan lagi CEO kepada syarikat beliau. Tugas beliau kini telah dipegang oleh Daniel Zhang.

Jack bersama Daniel Zhang

Melihat kepada jumlah jualan yang berjaya direkodkan Alibaba dalam jangka masa 24 jam, syarikat ini optimis untuk membantu lebih banyak para peniaga di China mengeksport barangan ke luar negara dengan nilai sasaran bernilai $200 bilion (RM837.1 bilion).