Alibaba buat pertama kalinya sejak ditubuhkan telah melalui kempen jualan 11.11 tanpa kelibat individu ikonik mereka iaitu Jack Ma. Beliau yang bersara pada 10 September lalu nampaknya masih lagi meninggalkan aura yang besar buat syarikat yang ditubuhnya apabila Alibaba berjaya mengutip jualan sebanyak RM158.37 bilion sepanjang 24 jam kempen berlangsung.

Jumlah yang diterima pada tahun ini sekaligus mengatasi jumlah jualan yang diperoleh tahun lalu sebanyak RM129 bilion serta tertinggi buat syarikat mereka. Lebih hebat, cuma 68 saat diperlukan Alibaba untuk mendapatkan $1 bilion (~RM4.14 bilion) pertama mereka serta $10 bilion (~RM41.4 bilion) pertama selepas 30 minit kempen dimulakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
alibaba_singles_day_taylor_swift
Taylor Swift antara selebriti yang memeriahkan konsert pembukaan kempen 11.11 Alibaba. Sumber: Tech Crunch

Item yang berjaya mendapat jumlah jualan tertinggi terdiri daripada barangan elektronik dan fesyen. Antara strategi yang digunakan Alibaba bagi menarik lebih separuh Rakyat China untuk membeli melalui platform mereka adalah dengan menawarkan pelbagai laman web e-commerce buat ramai.

Sebagai contoh, AliExpress dijadikan platform buat Rakyat China menawarkan produk keluaran mereka kepada dunia luar manakala Taobao, TMall serta beberapa platform lain turut membantu kejayaan rekod jualan Alibaba. Bagi memantapkan ekonomi e-commerce Asia Tenggara, Alibaba turut mendapatkan Lazada.

gettyimages-844660966
CEO Alibaba, Daniel Zhang. Sumber: Wired UK

Untuk pengetahun, kempen ini dinamakan sebagai Singles’ Day berikutan tarikhnya yang diadakan pada 11.11 bagi melambangkan kempen khas buat mereka yang single dan tidak terlibat dengan perhubungan cinta.

Tidak sah rasanya jika berbincang mengenai Alibaba tanpa mengulas mengenai Jack Ma. Ketahui lebih lanjut mengenai individu yang membangunkan Alibaba sehingga dikenali ramai pada hari ini.

Jack Ma Pencen Daripada Alibaba Dengan Penuh Bergaya

Tonton Sejarah Pembangunan Alibaba Oleh Jack Ma Sejak Pada Tahun 1999

Alibaba Peroleh RM129 Bilion Sepanjang 24 Jam Jualan 11.11

Sumber