Sekiranya anda seperti kami yang tertanya-tanya berapakah jumlah jualan yang berjaya diraih Alibaba sepanjang jualan 11.11, jawapannya adalah $25.3 bilion (~RM105.92 bilion).

Angka tertinggi yang pernah dicapai Alibaba sepanjang 24 jam beroperasi serta peningkatan sebanyak 40% berbanding jualan Singles’s Day pada tahun lepas. Individu yang paling gembira mengenai berita ini sudah pastinya Jack Ma setelah syarikat beliau berjaya mencapai target $25 bilion dalam satu hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

jack-ma-alibaba-group-d8708d3c7e8a6422-e1429914072145-1

Angka yang berjaya dicapai Alibaba ini bukan sahaja berjaya melepasi target yang diletakkan syarikat mereka, malah tidak mengejutkan bagi orang ramai memandangkan Alibaba berjaya memperoleh jualan sebanyak $5 bilion sejak 15 minit pertama promosi dibuka.

Tahniah kami ucapkan buat Jack Ma serta pasukannya atas hasil kerja keras membangukan AlibabaKejayaan yang berjaya dicapai ini bukanlah overnight success sebaliknya hasil usaha keras membangunkan syarikat sejak dua dekad yang lalu.

Persoalannya? Mampukah Alibaba memecah rekod Single’s Day pada tahun hadapan seperti yang dilakukan pada tahun ini.

Baca lagi: 8 Perkara Tentang Jack Ma Pengasas Ali Baba Yang Boleh Diteladani