Jika pada bulan lalu Grab berjaya menjadi pemegang saham terbesar Uber Asia Tenggara, lain pula ceritanya pada bulan ini dimana Alibaba berminat untuk dapatkan Grab.

Berdasarkan laporan daripada TechCrunch, Grab kini dinilai pada harga $6 bilion (~RM23.20 bilion) pernah menjadi sasaran Alibaba sebelum ini sebelum syarikat e-commerce ini beralih untuk melabur kepada syarikat Tokopedia.

5ac206b0c03c0e1a40808e8a

Mengulas mengenai kerjasama Alibaba dan Grab, wakil Alibaba turut menekankan orang ramai untuk tidak percaya kepada ura-ura memandangkan perjanjian diantara kedua-dua syarikat ini masih lagi belum termeterai.

Selain Alibaba, Tencent dikatakan antara yang berminat untuk melabur di dalam syarikat Grab dalam usaha untuk memberi saingan yang lebih sengit buat Go-Jek untuk pasaran Indonesia.

Berdasarkan laporan daripada Google, ekonomi di Asia Tenggara dijangkakan bakal berkembang menjadi $200 bilion (RM773.20 bilion) menjelang 2025. Setakat tahun 2017, ekonomi Asia Tenggara telahpun mencapai $50 bilion (RM193.30 bilion). Sama-sama kita nantikan kehebatan syarikat teknologi Asia dalam memberi saingan bersama syarikat-syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group