Jika anda dahagakan sebuah siri thriller dan ‘gila’ untuk ditonton ketika ini, Alice In Borderland adalah siri yang perlu ada dalam list tontonan anda.

Siri original terbitan Netflix ini mula ditayangkan minggu lalu dan kekal menjadi Top 3 siri paling ditonton pelanggan Netflix di Malaysia. Disebabkan ramai yang memberi ulasan hebat untuk siri ini, kami juga secara tidak langsung cuba menonton filem ini Isnin lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sedikit info tentang siri ini. Alice in Borderland adalah karya manga oleh Haro Iso yang diterbitkan di majalah Shonen Sunday S. Manga ini dipilih oleh Netflix untuk dijadikan siri live-action dengan pelakon ternama Kento Yamazaki and Tao Tsuchiya.

Filem ini bermula dengan tiga rakan karib; Arisu, Karube, dan Segawa yang mempunyai latar kehidupan berbeza. Mereka mahu mencuba hidup yang baharu tetapi selepas satu insiden power outage, mereka secara tiba-tiba muncul di sebuah dunia yang sepi tanpa penghuni.

Apa yang mereka tidak jangka adalah mereka telah ‘terperangkap’ di sebuah dunia di mana jika anda mahu hidup, anda perlu bermain ‘GAME’ dan jika mereka tewas, mereka akan mati.

Apa yang menarik dalam Alice In Borderland?

Banyak sebab mengapa anda perlu tonton siri ini. Antaranya bagaimana mereka berjaya buat bandar Tokyo jadi ‘kosong’ dan elemen kejutan yang tidak dijangka.

Siri ini memaparkan dunia Tokyo di kala post-apocalyptic di mana tiada kelengkapan elektronik boleh digunakan. Ia sebenarnya sukar untuk hasilkan filem bandar Tokyo tanpa orang yang nampak sangat real.

Anda tahu ini adalah big budget series apabila mereka mampu buat Shibuya Crossing kosong! Ini adalah perkongsian set penggambaran filem ini. Di dunia sebenar, pastinya mustahil untuk lihat kawasan ini tanpa orang ramai.

https://twitter.com/aquoris/status/1338438087974645760?s=21

alice 2
Keadaan bandar tokyo tanpa orang

Jika anda tidak pernah membaca manga Alice In Borderland sebelum ini, akan akan lebih ‘terkejut’ dengan jalan cerita siri ini. Mengapa? Kerana tanpa sedar, mereka akan ‘bunuh’ watak yang anda jangka boleh bertahan sehingga ke episod akhir di episod awal sahaja.

Element of surprise dalam siri ini memang tidak dijangka dan GAME yang mereka perlu hadapi juga memang kejam dan perlukan kebijaksaan untuk diselesaikan.

https://twitter.com/hrvypt/status/1338797851720093698

Sebelum itu, filem ini adalah untuk tontonan orang dewasa berusia 18 tahun ke atas kerana mengandungi babak yang kurang sesuai untuk ditonton oleh penonton bawah umur.

Kami juga belum habis menonton dan baru selesai episod 4. Apa yang bakal jadi di akhir siri ini nanti? Dapatkan mereka menamatkan permainan dan kembali ke dunia asal? Ulasan ini juga tidak mengandungi sebarang spoiler untuk anda sama-sama menikmati siri ini. Ayuh!

Jika anda belum melanggan Netflix, ini adalah masa terbaik untuk anda melanggannya kerana ada beberapa siri hebat lain yang sedang ditayangkan seperti Start- Up. Baca lagi pada pautan di bawah.

Selepas Itaewon Class, Ini 5 Sebab Usahawan Muda Perlu Tonton Drama Korea Start-Up

Khairy Jamaluddin Sahkan Sandbox Wujud Di Malaysia Buat Peminat Drama Start-Up Terkejut

Ulasan The Platform, Filem ‘Mind Blown’ Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia