Model tempatan Alicia Amin tampil membuat permohonan maaf selepas video beliau memasak rendang sebelum ini ditegur netizen yang mempersoalkan tahap kebersihan penyediaan makanan yang diusahakannya itu.

Permohonan maaf itu dibuat Alicia melalui satu hantaran di IG story miliknya pada semalam sambil menjelaskan beberapa persoalan yang dikemukakan netizen seperti sama ada beliau sudah mendapatkan suntikan typhoid dan etika pemakaian yang diamalkannya ketika memasak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
photo_2020-06-11_15-09-34
FOTO: TWITTER
photo_2020-06-11_15-09-32
FOTO: TWITTER

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial tentang isu pemakaian model tempatan Alicia Amin yang dikatakan kurang sopan dan tidak menjaga aspek kebersihan ketika memasak rendang yang dijualnya.

Video beliau sedang menyediakan rendang itu dimuat naik di laman Instagram Rendang Tok by Alicia dengan tujuan untuk mempromosikan produk jualannya namun menerima teguran daripada netizen.

Sudah ambil suntikan

Mengulas mengenai sama ada beliau sudah mengambil suntikan typhoid, Alicia memberi dia sudah berbuat demikian sebelum ini kerana pernah bekerja di industri penyediaan makanan dan minuman.

“Tetapi saya boleh pastikan tangan saya bersih dan dibasuh dengan kerap seperti mana yang patut dilakukan ketika menyediakan makanan.

“Bagaimanapun sudah pasti ini adalah merupakan satu kebimbangan dan saya akan mendapatkan peralatan ini selepas ini untuk memastikan kepuasan pelanggan saya,” jelasnya.

Menjelaskan perniagaan rendangnya hanya merupakan perniagaan yang berjalan dari rumah dan berkembang dengan pantas sejak dua minggu lalu yang juga menjadi punca kepada kelemahan pihaknya.

“Sebab itulah kami memutuskan untuk berehat seketika pada minggu lalu untuk kembali dengan lebih baik,” jelasnya.

Harapnya, permohonan maaf dan penjelasan panjang lebar dari model ini akan dapat menjawab segala persoalan netizen mengenai beberapa isu yang timbul di media sosial sebelum ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Alicia yang dikirim di IG story pada semalam.

photo_2020-06-11_15-01-33
Foto: IG STORY @hangrii ALICIA AMIN

Alicia Amin yang merupakan antara yang bersuara agar model memboikot untuk bekerjasama dengan perusahaan dUCk milik Vivy Yusoff sebelum ini. Baca mengenainya di pautan di bawah.

Alicia Amin Seru Model Boikot Bekerja Dengan Jenama dUCk

Model Instagram Diberi Amaran Oleh DBKL Selepas Bergambar Dan Rosakkan Pokok Bunga Di River Of Life