Beberapa hari yang lalu, jenama tudung popular dUCk Scarves telah memperlihatkan koleksi terbaru mereka. Namun, koleksi berkenaan berdepan kontroversi kerana didakwa meniru idea photoshoot jenama tudung tempatan Soonaru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Alicia Amin adalah antara individu yang ternyata tidak gembira dengan kontroversi terbaru dUCk Scarves ini. Menerusi perkongsian di Insta Stories miliknya, beliau menyeru rakan-rakan model untuk tidak menerima sebarang tawaran kerja daripada dUCk Company sebagai salah satu cara solidariti buat jenama Soonaru.

Beliau turut menambah pasukan kreatif dUCk bukan sahaja tidak membantu tetapi secara konsisten memburukkan jenama berkenaan.

Alicia berkata perkara seperti ini bukan lagi ‘tak sengaja’ kerana sudah berulang kali terjadi. Tambahnya, jenama ini juga turut ‘main harga’ murah untuk sebarang photoshoot dengan alasan tiada bajet.

Sehingga kini, tiada lagi sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak dUCk Scarves atau Vivy Yusof berkenaan kontroversi ini. Pada pandangan anda, perkara ini kebetulan atau dirancang untuk orang bercakap tentang koleksi baharu dUCk Scarves yang baru dilancarkan?

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Ini adalah artikel berkaitan dUCk Scarves yang didakwa meniru idea jenama Soonaru. Baca pada pautan di bawah.

dUCk Scarves Kantoi Tiru Idea Jenama ‘Indie’ Tempatan?

Stapler ‘dUCk’ Berharga RM80 Kembali Hangat Diperkatakan Netizen

Kolaborasi dUCk x Disney Kini Dilancarkan

Sumber