Kalau anda kenal Lara Croft dahulu sebelum Lara versi filem lakonan Angelina Jolie, anda memang peminat setia siri ini. Siapa yang ada PlayStation 1 dahulu pasti pernah bermain permainan video Tomb Rider ini. Pelakon Alicia Vikander akan meneruskan legasi Lara Croft dalam filem terbaru Tomb Rider.

Tomb Rider ini akan bermula dengan asal usul Lara Croft sendiri. Selepas mengetahui bapanya telah meninggal dunia, bapa Lara sempat meninggalkan satu rakaman video menyatakan beliau sudah menemui satu makam purba dengan nama Mother Of Death. Lara perlu sampai ke makam tersebut lebih awal sebelum satu organisasi misteri bernama Trinity membuka makam tersebut dan menghuru-harakan dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nampak seperti pengembaraan Indiana Jones. Berdasarkan trailer, nampak seperti sangat berpotensi filem ini. Akan berada di pawagam 15 Mac 2018