Hari ini bermulanya tayangan untuk filem ‘Alien: Covenant’. Isnin lalu berlangsung sudah sesi pratonton filem ini dengan pembaca The Vocket yang mengambil bahagian dalam peraduan Vocket Premiere. Memang penuh satu panggung penangan filem Alien ini! Ha, nanti ada #VocketPremiere lagi di masa akan datang, jangan lupa join. Free je boleh tengok filem terbaru di pawagam beberapa hari sebelum tayangan.

Buat yang tidak pernah tengok filem Alien sebelum ini, rasanya boleh bermula dengan Covenant, atau kalau nak lebih lancar, mula dengan filem sebelumnya, Prometheus. Tetapi kalau anda tidak tengok Prometheus pun, anda akan faham filem ini.

Covenant adalah misi terbaru penduduk bumi untuk mencari sebuah planet baharu yang sesuai didiami. Pada mulanya, Covenant perlu ke planet Origae-6 tetapi apabila satu insiden kecil berlaku, kru kapal yang sepatutnya tidur untuk jangka masa 8 tahun terjaga.

Ketika proses membaik pulih kapal, mereka mendapat isyarat dari sebuah planet yang jaraknya lebih dekat dari Origae-6. Mereka mengambil keputusan untuk membuat tinjauan ke planet misteri tersebut dan tidak mengetahui apa yang bakal menanti mereka di sana. Di sini saya akan ulas filem ini mengikut pointers untuk mudah difahami semua.

1. Michael Fassbender cemerlang melakonkan dua watak dalam filem ini

Fassbender kembali sebagai Walter, manusia sintetik yang dicipta untuk memudahkan misi explorasi ke serata semesta. Walter adalah manusia sintetik yang lebih baik dari generasi sebelumnya, David. Perbezaan terbesar antara Walter dan David adalah dari segi perasaan dan naluri. David dicipta pada awalnya sangat mirip dengan manusia biasa; di mana beliau mempunyai perasaan dan kemampuan berfikir dan mencipta seperti manusia biasa. Walter pula adalah generasi manusia sintetik terbaru yang lebih ‘robot’ dan mengikut peraturan. Walter lebih kepada ‘mat skema’ berbanding David yang lebih pandai bermuka-muka seperti manusia.

Saya merupakan peminat Fassbender sejak pertama kali melihat lakonan beliau dalam filem 300. Jadi Fassbender tidak mempunyai masalah untuk berlakon dua watak dalam filem ini dengan jayanya. Akan ada satu masa dalam filem ini yang anda akan terfikir, ini David atau Walter. Tiba di waktu itu nanti, anda kena buat andaian dan jawapannya akan anda terima di hujung-hujung.

2. Asal Usul Xenomorph

Menerusi Covenant, asal usul Xenomorph diceritakan dan anda mungkin terkejut siapa yang sebenarnya dalang di sebalik terciptanya alien raksasa ini! Tetapi memang mind blowing bila anda dapat tahu nanti. Mesti rasa sangat geram dan bengang. Kalau beliau tak cipta Xenomorph ini, aman satu semesta.

3. Permulaan untuk siri Alien

Jadi pada yang baru hendak berkecimpung dengan franchise filem ini, boleh mula dengan Covenant. Selepas melihat filem ini, saya sendiri terdetik untuk kembali menonton filem Alien yang pertama, diterajui oleh Sigourney Weaver yang keluar pada tahun 1979. Covenant dalam timeline filem alien terjadi sebelum filem pertama Alien. Jadi ada sedikit kaitan dengan filem yang pertama.

Filem ‘Alien: Covenant’ mungkin bukan pilihan untuk semua kerana jalan ceritanya yang mungkin sedikit draggy dan memerlukan anda memberi tumpuan sepanjang masa. Tetapi buat peminat tegar Alien, karya Ridley Scott kali ini tidak mengecewakan.

Planet di mana mereka jumpa David memang hebat. Satu saya salute tentang filem ini adalah ia akan membuatkan kita terfikir sama ada adakah benar wujud dunia lain di dalam alam semesta ini yang sesuai didiami oleh manusia? Adakah manusia akan berjaya membuat kapal angkasa yang membolehkan kita mengembara di serata galaksi yang terletak berpuluh tahun cahaya dari bumi? Mungkin bukan dalam masa terdekat. Saya beri rating 7/10 untuk filem ini. Terima kasih sekali lagi buat 20th Century Fox yang sudi berkolaborasi sekali lagi bersama The Vocket untuk Vocket Premiere. Sudah ada di pawagam dan boleh anda tonton filem ini hujung minggu nanti. Adios!