Sebut sahaja filem Alien, pasti ramai akan terus ingat dengan alien berkepala panjang yang ganas lagi merbahaya. Franchise ciptaan Ridley Scott dan Dan O’Bannon ini mempunyai cult followers dari seluruh dunia sejak ianya pertama kali ditayangkan pada tahun 1979.

Prometheus, filem Alien yang keluar pada tahun 2012 adalah siri prequel kepada siri Alien yang asal. Prometheus menerima sambutan yang baik dari peminat serata dunia dengan lakonan hebat Michael Fassbender sebagai seorang android dengan nama David.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem terbaru dari sini ini, Alien: Covenant adalah sekuel kepada filem Prometheus. Michael Fassbender kembali tetapi kali ini sebagai watak Walter, android pengganti kepada David. Mungkin anda akan confuse sedikit pada awalnya, tetapi jika anda tonton Prometheus, anda akan faham.

Selepas terselamat dari misi Prometheus, Dr. Elizabeth Shaw meneruskan pengembaraan beliau untuk mencari sebuah planet lain yang seperti bumi, kali ini dengan kapal Covenant. Mereka sangat gembira apabila menemui planet yang dianggap syurga kerana kecantikannya. Tetapi apa yang mereka terlepas adalah ianya didiami neomorphs, alien yang sangat berbahaya.

Alien: Covenant akan ditayangkan di pawagam 10 Mei 2017. Tetapi bagi peminat setia fiem Alien atau yang baru hendak berjinak-jinak dengan filem ini, kami ada tiket percuma untuk ke tayangan perdana filem ini pada 8 Mei hadapan. Butiran bagaimana anda boleh menangi tiket boleh didapati di bawah.

‘Alien: Covenant’ Premiere With The Vocket
Tempat: MBO Starling Mall, Petaling Jaya
Tarikh: 8 Mei 2017 (Isnin)
Masa: 9.00 Malam

Syarat Penyertaan

1. Ikuti dan ‘Like’ laman FB 20th Century Fox dan laman FB Vocket. Share peraduan ini di halaman Facebook anda. Jangan lupa untuk letak hashtag #VocketPremiere dan #AlienCovenantMy pada posting anda.

2. Setiap pemenang akan dihadiahkan dua keping tiket ke tayangan premiere ini. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Mei 2017 8.00 malam (Rabu). Pemenang akan dihubungi pada 4 Mei 2017 (Khamis).

3. Isi butiran anda dalam lampiran di bawah untuk memudahkan kami menghubungi anda andai terpilih sebagai pemenang.

4. Pemenang akan dihubungi melalui email. Selamat berjaya!