Jika masyarakat mahu menjadikan artis sebagai role model, Alif Satar adalah calon paling sesuai. Semalam, Alif Satar mempertahankan rakan sepentas beliau, Sherry Alhadad daripada menjadi mangsa body shaming ketika satu rancangan siaran langsung berlangsung semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Satu klip tentang insiden berkenaan dimuat naik di Twitter di mana Alif Satar dilihat mengalih perhatian gurauan juri Mark Adam kepada sesuatu yang kurang menyakitkan hati. Dapat dilihat wajah Sherry juga sedikit berubah ketika gurauan berkenaan dibuat. Namun, tindakan pantas Alif tersebut sedikit sebanyak mengubah kembali mood ketika insiden itu berlaku.

Amani berkata beliau sudah melihat banyak kali melihat Alif mempertahankan martabat wanita dan akan memperbetulkan keadaan jika beliau merasakan sesuatu tidak baik sedang berlaku. Bagi Amani lagi, Alif Satar adalah ‘permata’ yang jarang dijumpai.

Mark Adam juga sudah membuat permohonan maaf kerana terlanjur kata ketika rancangan tersebut. Beliau tidak berniat menyakiti hati sesiapa dan mungkin pemilihan perkataannya tidak sesuai pada ketika itu.

Diharap selepas ini semua lebih peka dalam membuat jenaka dan tidak mengutuk fizikal orang lain. Kita jadikan insiden ini sebagai iktibar dan Alif Satar memang seorang yang awesome. Harap keperibadian Alif Satar ini dapat dicontohi oleh semua.