Semalam, kita dikejutkan dengan berita Alif Satar disahkan positif COVID-19 dan disebabkan itu Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Episod Ke-3 telah ditunda ke tarikh yang bakal diumumkan kelak.

Untuk pengetahuan anda, Alif telah membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Episod Pertama. Lantaran itu, kesemua selebriti dan kakitangan yang terlibat telah mengambil tindakan pantas untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CH5HRhwht4P/

Bukan itu sahaja, para selebriti dan kakitangan sudah kuarantin diri di rumah. Tindakan pantas mereka mendapat pujian daripada netizen dan para netizen mendoakan agar mereka semua dikurniakan kesihatan serta keputusan yang keluar baik-baik sahaja.

A1

A2

Ketika ini, kerja-kerja sanitasi di lokasi terbabit juga dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh KKM. Kita masih belum menang, diharap anda kan sentiasa menjaga diri anda dan amalkan penjarakan sosial serta sentiasa memakai penutup muka.

Tahukah anda bahawa rambut Stacy ketika persembahan di SFMM35 menjadi perbualan netizen? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Rambut Persis ‘Sakinah’, Penampilan Stacy Di Pentas SFMM35 Buat Netizen Terhibur

Separuh Akhir Muzik Muzik 35 Malam Ini Ditunda

Lebih 10 Tahun Menyepi, ‘Comeback’ Azwan Ali Dengan Imej Serba Baru Terima Pujian Netizen