Penduduk di Lembah Klang tidak mahu melepaskan peluang cuti panjang sempena Tahun Baru Cina untuk pulang ke kampung halaman apabila trafik di beberapa lebuh raya utama terutamanya Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan sesak pagi ini.

Laporan terkini trafik boleh dilihat di laman Lembaga Lebuhraya Malaysia di Facebook dan juga Twitter dan setakat jam 10.30 pagi tadi, dilaporkan trafik ke Pantai Timur dan Utara (Tapah-Gopeng) sesak kerana berlaku kemalangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/LLMinfotrafik/status/1487257910694461443

https://twitter.com/LLMinfotrafik/status/1487247468190650371

PLUS melaporkan kesesakan berpunca daripada kemalangan di Kilometer 304.2 arah utara dari Tapah menghala Gopeng yang menyebabkan lorong kanan terhalang selain memaklumkan trafik dilaporkan perlahan dari susur keluar Bandar Sri Putra dan Bukit Mahkota ke Nilai arah selatan.

Trafik turut perlahan di Kilometer 25.7 sehingga Terowong Genting Sempah serta Kilometer 40.8 dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi.

PLUS menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan, sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina bermula semalam sehingga 6 Februari ini.

Pertambahan kereta di atas lebuh raya menyebabkan masa perjalanan bertambah dan pihak PLUS mengesyorkan pengguna lebuh raya untuk berhenti berehat sekiranya penat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang disediakan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 d atau talian LLM di 1800-887752. Hati-hati ketika memandu.

Sebelum ini tular pemandu Hilux yang mencetuskan pergaduhan kecil di plaza tol. Baca lagi pada pautan di bawah.

Netizen Terhibur Dengan Iklan Kreatif AEON ‘Sindir’ Geng Honda Civic FC

Pemandu Hilux Bertegas Dirinya Betul Walaupun Jelas Tukar Laluan Saat Akhir

‘Bagai Telur Di Hujung Tanduk’- Orang Ramai Ngeri Lihat Penunggang Motosikal Tergelincir Dan Nyaris Digilis

Sumber