Pastinya ramai teruja dengan filem sci-fi Alita: Battle Angel yang kini sudah berada di pawagam walaupun ditangguhkan projek untuk filem ini selama 20 tahun. Alita: Battle Angel merupakan sebuah filem yang diadaptasikan daripada siri manga Jepun oleh Yukito Kishiro.

James Cameron dan Jon Landau bertindak sebagai producer untuk Alita: Battle Angel dan filem ini diarahkan oleh Robert Rodriguez daripada skrip yang disediakan oleh James Cameron dan Laeta Kalogridis. Filem ini ditangguhkan rakamannya sebelum ini kerana James Cameron sibuk dengan pembikinan filem Avatar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sedikit sinopsis mengenai filem ini adalah Alita iaitu cyborg yang dijumpai oleh Dr. Ido ketika sedang mengumpul bahagian cyborg di timbunan sampah logam. Setelah dibaiki oleh Dr. Ido, Alita tidak ingat siapa dirinya atau dari mana dia datang.

Akan tetapi Dr. Ido mengetahui siapa diri Alita sebenarnya tetapi kerana ingin melindungi Alita, Dr. Ido merahsiakannya dan memberikan kehidupan baharu buat Alita. Kemudian Dr.Ido memperkenalkan Alita dengan kehidupan di Iron City dimana ketika itu kehidupan di Iron City yang merupakan zaman kegelapan berikutan keruntuhan dunia akibat perang besar.

Berikutan kehidupan di Iron City tidak begitu baik, menjadi impian penduduk di Iron City untuk ke Zalem, tedapat dua cara untuk ke Zalem iaitu menang pertandingan motorball atau menjadi Warrior Hunter dan mendapat bayaran yang akan dikira sebagai kredit untuk ke Zalem. Adakah Alita akan ingat siapa dirinya yang sebenar atau adakah Alita akan ke Zalem? Anda harus menonton sendiri filem ini untuk ketahuinya.

DxfQtsDVAAAsji7

Jadi apa yang menarik dengan filem Alita: Battle Angel ini? Pada kami filem ini penuh dengan aksi pertarungan yang menarik. Adegan yang menarik perhatian kami adalah apabila Alita dalam pertandingan motorball dan dalam keadaan bahaya apabila semua pemain motorball ingin membunuhnya serta dalam masa yang sama ingin membantu kawannya Hugo yang dikejar Warrior Hunter. Pastinya anda tidak akan bosan di sepanjang filem.

Malah, kesan CGI yang digunakan sangat terperinci dan halus dimana cyborg kelihatan seperti manusia sebenar. Filem ini mencampurkan kehidupan manusia dan cyborg pada masa hadapan, dan kesan CGI yang digunakan menunjukkan ia kelihatan seperti real. Bagi kami, Rosa Salazar berjaya membawa watak Alita dengan sangat baik dan penuh penghayatan dari segi aksi mahupun emosi.

ALITA: BATTLE ANGEL

Mungkin kerana penerbitnya James Cameron, filem ini penuh dengan aksi dan beremosi. Adalah digalakkan anda membawa tisu kerana terdapat adegan yang pastinya akan membuat anda mengalirkan air mata. Jika dibandingkan dengan filem Ghost In The Shell yang turut mendapat sentuhan Hollywood, Alita lebih menarik untuk ditonton.

Rating yang kami berikan untuk filem Alita: Battle Angel ini adalah 7.5/10 bintang. Bagi anda yang menyukai tegar sci-fi, Alita: Battle Angel adalah filem yang harus anda tonton.