Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 30, kecewa apabila adik iparnya, Ali Puteh dan keluarganya hanya berdiam diri dan tidak membuat bayaran sebanyak RM60,000 seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini.

Berdasarkan laporan Harian Metro, Hidayah dalam satu hantaran video di TikTok meminta pihak mereka menyegerakan bayaran RM60,000 itu seperti diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video yang sama, Hidayah turut memaklumkan hari ini, 10 Februari genap tiga tahun pemergian Abam. Menurut Hidayah lagi, peguamnya sudah memberi tempoh selama 21 hari kepada pihak terbabit untuk menyerahkan kunci rumah dan membuat bayaran itu.

@hidayah_hamzah

Hari ini Genab 3 tahun arwah Suami tinggalkan Kami Al-fatihah Syed Umar Mokhtar.. Abg syg dtg Rumah Kita tapiiiii..korg tolong Viralkan video ni 👏 sedih sgt2 #hidayahabamviral #videoviral #tolongviralkan #viral

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Hidayah turut kecewa kerana kehadirannya bersama peguam ke rumah milik Allahyarham itu seolah-olah tidak dilayan apabila tidak ada sesiapa pun yang membuka pintu rumah.

“Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa. Datang rumah sendiri tapi tak dibagi masuk,” tulisnya.

Ali Puteh buat kenyataan balas

Beberapa jam selepas Hidayah membuat video berkenaan, Ali Puteh tidak berdiam diri dan memuat naik satu video dan berkata pihak Hidayah telah membuat khianat apabila dia mendakwa menemui garam kasar dan kulit limau di sekeliling rumah tersebut.

Ali berkata, dia sudah tidak mahu berselindung lagi dengan perkara itu.

“Saya bukan nak menyebarkan aib orang, tak baik. Ini rumah arwah Abam. Saya tidak tinggal di sini selepas ibu saya meninggal dunia. Apa saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini. Abang ipar saya nampak dan bagitahu saya tetapi tak tahu apa motif.

“Apa saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau. Allah tak pernah ajar benda-benda macam ini. Tabur keliling rumah arwah.

“Saya tak takut benda ini. Kalau kata saya mati sebab ini, saya reda. Apa ini? Islam tak pernah ajar! Saya tutup mulut dan jaga aib selama tiga tahun. Apa awak cuba buat dengan ilmu-ilmu khurafat? Sedih saya. Hari ini siap dengan bukti. Allah itu adil. Tunjukkan jalan buat saya. Biarlah orang tahu siapa dia,” katanya.

Video berkenaan bagaimanapun telah dibuang dari laman Instagram Ali Puteh. Semoga kemelut antara Ali Puteh dan Hidayah dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber