Sungai Buloh kini turut menjadi lokasi untuk warga kota memilih hartanah. Lokasinya yang terletak bersempadan dengan bandar Kuala Lumpur dilihat sebagai antara lokasi ideal untuk dipilih.

Alstonia Hilltop Homes merupakan antara perumahan baharu yang eksklusif buat semua dan terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Sebanyak 31 unit rumah villa 3 tingkat dan 214 unit kondominium akan dibina di tanah berkeluasan 4.11 ekar.

Apa yang menarik di Alstonia Hilltop Homes?

21141830-lia_cover_1920x1200
HYPE
5 Sebab Kenapa Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi Kini Jadi Tumpuan Kaki ‘Shopping’!
Baca lagi →

1. Berdekatan dengan pelbagai kemudahan

location_map_20180612

Untuk pengetahuan anda, banyak kemudahan yang terletak berdekatan dengan Alstonia Hilltop Homes yang pastinya akan memudahkan penduduk di sini. Hospital kerajaan dan swasta yang berdekatan (Hospital Sungai Buloh, Thomson Hospital, UiTM Specialist dan lain-lain) mudah untuk diakses jika berlaku kecemasan.

Begitu juga dengan sekolah dan pusat membeli-belah. Untuk anda yang mungkin tidak mahu memandu ke tempat kerja, tiada masalah kerana stesen MRT Sungai Buloh hanya berdekatan untuk membawa anda ke pusat bandar.

2. Hanya 3o minit ke pusat bandar

MRCB_BRP_Plot2_Facade_Tower_CloseUp_Highres

Jika anda mahu memandu ke Kuala Lumpur, masa yang diperlukan dari Alstonia Hilltop ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa sekitar 3o minit sahaja.

Selain itu, terdapat akses untuk ke bandar lain seperti Subang Jaya, Petaling Jaya, Damansara dan Shah Alam. Pilihan Guthrie atau PLUS Highway akan memudahkan anda ke destinasi ini.

3. Pelbagai kemudahan eksklusif buat residen Alstonia Hilltop Homes

MRCB_BRP_Plot2_Lounge_Deck_Highres_171012

Seperti juga perumahan yang lain, Alstonia turut menyediakan kemudahan khas buat para penduduk. Malah, ia pastinya jauh lebih sempurna buat anda.

Antara kemudahan yang disediakan adalah ruang untuk parti atau kenduri, taman permainan, laluan untuk jogging, kolam renang, gym, surau dan sebagainya.

4. Kawasan yang berkepadatan rendah dan selamat

MRCB_BRP_Plot2_Streetview_Landscape01_Highres

Villa @ Alstonia Hilltop Homes

Alstonia merupakan perumahan baharu di Bukit Rahman Putra dan ianya sangat sesuai untuk didiami bersama keluarga kerana kawasan sekitar yang tidak aman dan selesa. Kawalan 24 jam oleh pengawal keselamatan akan memastikan keselamatan para penduduk di Alstonia Hilltop Homes.

Status pengangan kekal untuk perumahan di Alstonia Hilltop ini menjadi tarikan untuk pembeli. Untuk rumah Villa, ia mempunyai 4+2 bilik tidur untuk keluasan rumah bermula 3,500 kaki persegi. Untuk kondominium pula, ia terdiri daripada 3, 3+1 dan 4+1 bilik tidur dengan keluasan antara 1,000-1,400 kaki persegi.

Harga untuk perumahan Alstonia Hilltop Homes bermula dari harga RM598,000 (kondominium) dan RM1.5 juta untuk villa.

Kenapa membeli sekarang? Diskaun atau rebat sebanyak 18% akan diberikan semasa Kempen Milik Rumah (HOC). Untuk maklumat lanjut tentang hartanah di Alstonia Hilltop Homes boleh layari laman MRCB Land di sini atau hubungi talian 03 – 27181771.

Apabila sudah memiliki rumah baharu, tiba masanya untuk hias rumah. Ini beberapa idea yang boleh dijadikan rujukan semasa menghias nanti.

Dekorasi Rumah Teres 2 Tingkat Gaya Ikea. 9 Bulan Baru ‘Complete’

Minat Lelaki Ini Terhadap Produk IKEA Diterjemahkan Di Ruang Tamu Dan Ruang Makan Rumahnya

Anda Mungkin Suka