Terpukau mendengar alunan tiupan flute di dalam sebuah video instrumental The Last of The Mohicans di bawah ini. Terasa semangat yang ditonjolkan oleh pemain flute yang berpakaian Native American ini. Dalam masa yang sama sayu hati apabila mengenangkan penduduk asal bumi Amerika. Setelah selesai menonton video di Facebook, saya mencari siapakah gerangan pemain flute ini.

Dia ialah Alexandro Querevalú yang sering mengembara sehingga ke benua Eropah bagi memenuhi jemputan undangan persembahan native american music.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laman web Daily Vitamin, Alexandro Querevalú ialah anak kelahiran Lima, Peru yang sering memakai pakaian native american semasa melakukan persembahan muzik. Kombinasi skil bermain alat muzik tradisional, bersemangat melakukan persembahan dan pakaian yang menarik telah membuatkan orang ramai terpegun melihat persembahannya.

Alexandro Querevalú 1

Alexandro Querevalú 2

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram