Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kakitangan perubatan untuk membunuh kebosanan dan keletihan selepas bekerja keras untuk merawat pesakit COVID-19.

Ada sesetengah dari mereka yang merakam video TikTok dengan gaya lucu, ada juga yang cukup hanya untuk mendengar muzik.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Di hospital Long Island, New York, Amerika Syarikat, lagu The Beatles dimainkan setiap hari melalui pembesar suara.

Lagu lagenda dari kumpulan yang dilahirkan di British seperti ‘Here Comes the Sun’ dimainkan bagi menaikkan semangat pesakit COVID-19 dan juga para pegawai perubatan, dari jururawat sehingga doktor pakar.

Lirik lagu itu memang membawa maksud kegembiraan. Malah, lagu ini telah menjadi lagu wajib untuk dimainkan setiap kali pesakit COVID-19 diisytiharkan sembuh dan dibenarkan pulang.

Lagu penyanyi wanita Australia, Starley, ‘Call on Me’ juga diputarkan di salah satu  hospital di Mount Sinai.

Di New Jersey, lagu tema filem Rocky bergema di Pusat Perubatan Wilayah St. Joseph apabila pengarah hospital James Pruden diisytiharkan sembuh dari wabak COVID-19.

Untuk rekod, Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk terjejas akibat wabak COVID-19 dengan mencatat lebih 500,000 kes di sana. Manakala lebih 100,000 orang telah dilaporkan meninggal dunia.

Untuk bacaan lanjut mengenai The Beatles, klik pautan di bawah.

‘Yellow Submarine’ The Beatles Diabadikan Dalam Bentuk Set LEGO

The Beatles Terus ‘Hidup’ Dalam Filem Yesterday

Anda Mungkin Suka