Siapa sangka bermula dengan minat bermain ukulele sambil bernyanyi berjaya meletakkan beliau sebagai 10 YouTuber dengan jumlah pengikut tertinggi di Malaysia. Lebih mengagumkan, jumlah pengikut beliau di YouTube dilaporkan lebih tinggi berbanding para selebriti di Malaysia.

Menerusi perkongsian daripada Noxinfluencer, Alyssa Dezek yang baru sahaja berusia 12 tahun kini berada di tangga ke-9 sebagai YouTuber dengan jumlah pengikut tertinggi di Malaysia serta berjaya berada sebaris dengan syarikat-syarikat besar seperti Les’Copaque Production, Monsta serta TV3MALAYSIA.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
200506-youtube-top-10
Sumber: Noxinfluencer

Melihat kepada perjalanan karier gadis yang mengidolakan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini, video beliau mulai tular apabila Alyssa berjaya membuat cover bagi lagu Jomblo Happy, Cari Pokemon dan Kun Anta. Setakat ini, video beliau dengan jumlah tontonan tertinggi adalah cover lagu Tak Tun Tuang dengan 34 juta tontonan.

Tidak hanya membuat cover, Alyssa Dezek kini turut mempunyai lagu sendiri iaitu Lagu Untuk Kamu yang sudah berjaya mengumpul 33 juta tontonan dalam tempoh 5 bulan sahaja.

Sokongan daripada keluarga khususnya ibunya antara yang membuatkan karier beliau terus berkembang. Mengulas mengenai impian dan cita-cita Alyssa, beliau berharap dapat meningkatkan lagi jumlah pengikut di YouTube dalam usaha mendapat Diamond Play button dengan mengumpul 10 juta pengikut.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel berkaitan YouTuber. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Atta Halilintar, YouTuber Pertama Di Asia Tenggara Dengan 10 Juta Pengikut

YouTuber Terkenal Hilangkan Diri Selepas Pesan 20 Burger Semata-Mata Untuk Konten ‘Prank’?

Sumber