Sebut mengenai jenama Xiaomi, pasti ramai yang cukup tahu dimana jenama ini cukup terkenal dengan memperkenalkan dan menawarkan produk dengan harga mampu milik serta berbaloi untuk dimiliki.

Menerusi rangkaian jam tangan pintar, Xiaomi hadir dengan jenama Amazfit yang menawarkan seleksi jam tangan pintar dengan pelbagai fungsi dan harga. Terbaru, Amazfit tampil dengan jam tangan pintar Amazfit Neo yang hadir dengan rekaan seakan jam tangan Casio.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi rekaan, jelas Amazfit Neo mengambil inspirasi daripada jam tangan keluaran Casio yang hadir dengan bentuk petak dengan empat butang fizikal. Hadir dengan warna monokrom pada muka jam membolehkan Amazfit Neo menawarkan ketahanan bateri selama 28 hari. Para pengguna berpeluang menedapatkan ketahanan bateri sehingga 37 hari melalui fungsi power-saving.

20200925_5f6d6b168bd2f

Meskipun hadir dengan rekaan yang klasik, Amazfit Neo masih lagi dilengkapkan dengan fungsi asal jam tangan pintar dengan pengesanan denyutan nadi serta sokongan fungsi kecergasan meliputi aktiviti berjalan, berlari serta mengayuh basikal. Dalam pada itu, model ini tidak dilengkapkan fungsi GPS. 

Melihatkan kepada rekaan serta fungsinya, jelas model ini difokuskan buat mereka yang cintakan rekaan yang retro, bersukan secara kasual serta tidak mahu berbelanja besar dalam mendapatkan jam tangan. Rekaan yang ditawarkan jelas evergreen serta sesuai digayakan pada pelbagai situasi.

Harga

Amazfit-Neo-Rasmi-MY-02-scaled

Amazfit Neo sedia ditawarkan secara rasmi pada 10 Oktober 2020. Walau bagaimanapun, 300 pelanggan terawal di Shopee berpeluang mendapatkan model ini dengan harga yang lebih rendah serta lebih awal pada 2 Oktober 2020.

Amazfit Neo mulai ditawarkan di Shopee buat 300 pelanggan terawal dengan harga RM139 manakala harga bagi jualan rasmi pula adalah RM149. Setakat ini cuma warna hitam ditawarkan melalui kedai rasmi Amazfit Malaysia. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

Sebelum ini, Xiaomi pernah memperkenalkan pemotong rambut dengan harga serendah RM20 sahaja. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Pemotong Rambut Xiaomi Kini Boleh Didapatkan Dengan Harga Serendah RM20

Xiaomi Mi TV LUX OLED, Televisyen Pertama Dunia Dengan Tawaran Skrin Lutsinar