Syarikat gedung e-commerce, Amazon pada mulanya menjual pelbagai jenis buku secara online dan kemudiaannya berkembang menjual pelbagai barangan yang anda dapat lihat di laman web syarikat tersebut sekarang ini. Syarikat itu kini dalam proses untuk menghasilkan produk pakaian dengan jenama mereka sendiri. Dengan menghasilkan produk di bawah jenama mereka ini, ianya dapat membantu meningkatkan profit Amazon dan dijangka boleh menyumbang sekurang-kurangnya 25 sen untuk setiap saham Amazon pada tahun 2017.

Penganalisa dari Keybanc Capital, Ed Yruma berpendapat industri pakaian adalah satu kategori yang besar dan ianya sangat menguntungkan ditambah pula segmen pakaian adalah kategori paling cepat berkembang di Amazon. Yruma yakin Amazon tidak mempunyai masalah untuk menembusi pasaran itu kerana Amazon adalah salah satu kuasa besar dalam bidang retail dan teknologi sekarang ini. Amazon cuma perlu mempunyai strategi untuk mengembangkan idea mereka dan mengeluarkan produk mereka kepada target audience yang betul (mungkin niche brands dan juga private label).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Amazon tidak mengeluarkan kenyataan tentang bagaimana produk pakaian mereka itu nanti sama ada menggunakan nama Amazon sendiri atau mereka akan menggunakan nama lain untuk segmen pakaian mereka itu. Ianya satu langkah kanan kerana Amazon bakal membuka lebih banyak physical store mereka di masa akan datang. Physical store yang pertama Amazon adalah di Seattle, Amerika. Buat masa ini, ianya hanya menjual buku. Kemungkinan di masa akan datang mereka akan menyediakan ruang khas untuk pakaian jenama mereka pula.

Kedai buku pertama amazon di Seattle, Amerika
Kedai buku pertama amazon di Seattle, Amerika