Amazon dilihat sedang menguji satu kaedah baru untuk pembelian semula barangan rumah seperti lampin pakai buang, tisu dapur, sabun cuci dan lain-lain. Dengan tagline “Place it. Press It. Get It.” alat ini bakal memudahkan jutaan orang, terutamanya mereka yang tinggal di dalam bandar. Apabila kehabisan stok barangan rumah, anda hanya perlu menekan butang ini dan secara automatik Amazon akan memesan semula dan menghantar barang tersebut ke rumah anda.

Amazon Dash ini adalah sebahagian daripada projek Dash Replenishment Service, satu inisiatif yang membolehkan pembelian semula dijadikan lebih mudah dan murah. Buat masa ini Amazon Dash masih dalam tempoh percubaan dan hanya terhad untuk kegunaan ahli Amazon Prime sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=NMacTuHPWFI

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram