Jika sebelum ini Apple Inc. mencatatkan sejarah menjadi syarikat pertama di dunia bernilai $1 Trilion, kini platform penjualan atas talian terkemuka seluruh dunia, Amazon pula mengikuti jejak langkah Apple.

Menurut penganalisa pasaran, Amazon berjaya mencapai nilai $1 Trilion lebih cepat iaitu selama 21 tahun berbanding Apple yang mengambil masa 38 tahun. Pencapaian ini tentu sahaja didorong oleh pertambahan jumlah pembeli yang kini tidak hanya terbatas untuk pasaran Amerika Syarikat tetapi juga di seluruh dunia termasuk negara jiran, Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Keuntungan Amazon tidak terhad kepada penjualan borong atas talian tetapi juga perkhidmatan cloud yang dikenali sebagai Amazon Web Services (AWS) yang juga menjadi salah satu faktor pendorong pencapaian syarikat tersebut.

Kejayaan ini sekaligus melonjak kedudukan pemilik syarikat tersebut, Jeff Bezos sebagai individu paling kaya di dunia dengan aset terkini bernilai $166 bilion.