Kini sudah tiba masanya dimana selain pembelian online semakin mudah, servis penghantaran juga semakin laju. Baru-baru ini Amazon telah memperkenalkan Amazon PrimeAir, sebuah servis penghantaran menggunakan dron bagi mempercepatkan penghantaran barang.

Siapa sangka, Amazon berjaya menghantar barangan kepada pengguna dalam jangka masa 13 minit sahaja. Ya, sebaik sahaja order dibuat, tunggu 13 minit dan barang anda siap sampai di hadapan rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penerbangan dron pertama Amazon ini dilakukan di UK dan pelanggan pertama mereka membuat tempahan untuk Amazon Fire Stick dan popcorn. Satu-satunya tugas manusia yang diperlukan bagi kerja Amazon PrimeAir adalah membungkus dan memasukkan barang ke dalam kotak untuk dihantar oleh dron.

Setakat ini servis ini cuma ditawarkan di beberapa tempat UK dan bakal memasuki apabila kerajaan US menghalalkan penerbangan dron bagi tujuan komersial. Dari segi penghantaran, kosnya percuma dan cuma barang dibawah 2 kilogram yang dibenarkan. Cool!

Laju betul 13 minit masa yang diperlukan Amazon. Kalau nak COD barang juga silap-silap ambil masa yang lebih lama. Lebih mengejutkan Amazon mampu menyediakan servis yang pantas meskipun terbeban dengan order yang banyak setiap hari. Good job Amazon!

Jom tonton: Memperkenalkan Amazon Go, Teknologi Membeli Belah Paling Maju Di Dunia