Servis penstriman Amazon Prime Video akhirnya mula ditawarkan untuk pengguna Malaysia. Dalam erti kata lain, Netflix dan iflix kini mempunyai pencabar baru di dalam industri bagi pasaran global.

Pelbagai TV-series dan filem ditawarkan buat pengguna. Selain itu, Amazon Prime Video juga turut menawarkan fungsi download video dan data saver khas buat para pelanggan. Paling menarik, show exclusive yang ditawarkan pada Amazon Prime Video adalah The Grand Tour.

Gabungan trio Richard Hammond, James May dan Jeremy Clarkson yang suatu masa dahulu rancak dengan siri Top Gear, kini berganbung kembali dengan siri terbaru yang turut membawakan genre yang sama.

Dari segi langganan, Amazon Prime Video mula ditawarkan pada harga $2.99 (~RM13.27) untuk 6 bulan pertama dan $5.99 (RM26.61) untuk bulan seterusnya.

Seperti juga servis penstriman video yang lain, Amazon Prime Video turut menawarkan fasa percubaan selama 7 hari buat para pelanggan sebelum mengesahkan langganan. Aplikasi ini turut ditawarkan buat pengguna Android dan iOS secara serentak. Selamat mencuba!