Syarikat Amazon sememangnya menjadi syarikat yang pioneer di dalam bidang e-commerce dan cloud computing. Membincangkan soal cloud computing, Amazon kini telah melancarkan sebuah inovasi terbaru daripada mereka dan iainya sebuah trak. Ya, sebuah trak dengan fungsi pemindahan data yang pantas.

aws-snowmobile-truck

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat kepada rekabentuk truck dengan finishing warna pearl white, mungkin anda tidak menyangka truck tersebut mungkin merupakan truck tercanggih pernah dihasilkan. Dalam pada itu, dengan kepanjangan 45-kaki, Amazon Snowmobile berupaya untuk memindahkan data dengan banyak dan pantas.

Seperti yang dibincangkan Amazon, syarikat ini mahu mengubah gaya cloud computing ketahap yang lebih extreme. Memindahkan data dengan size 1TB mungkin bukanlah sesuatu yang sukar, namun bagaimana jika data yang ingin dipindahkan adalah 100 petabytes bersamaan 1 juta gigabytes?

aws-snowmobile

Adakah dengan kelajuan internet yang ada tidak mampu untuk menanggung pemindahan data yang banyak? Boleh, cumanya penggunaan AWS Snowmobile membolehkan pemindahan dapat dilakukan 52 kali lebih pantas berbanding internet dengan capaian 10 GBps. Cool bukan?

Secara asasnya, AWS Snowmobile akan bergerak ke tempat dimana anda menyediakan data center seterusnya akan memindahkan data menggunakan fibre optic.

Anda boleh tonton pelancaran AWS Snowmobile yang sangat epik ini untuk penerangan yang lebih mendalam daripada Amazon.

Sumber