Warner Bros. Television dan pemilik kepada karya J.R.R Tolkien sedang dalam perbincangan bersama Amazon Studios untuk mengadaptasikan siri The Lord Of The Rings (LOTR) kepada siri TV. CEO Amazon, Jeff Bezos dikhabarkan turut sama terlibat dalam perbincangan ini dan nampaknya segala perbincangan masih di peringkat awal.

Tiada sebarang tawaran telah dimeterai setakat ini. Salah satu sebab terbantutnya perkembangan untuk siri TV LOTR adalah kerana nilai yang dipinta pihak J.R.R Tolkien untuk rights filem ini. Tolkien Estate meletakkan harga sekitar USD200- USD250 juta dan telah mendekati Netflix dan HBO. Harga itu pula tidak termasuk kebenaran untuk menggunakan semua watak dalam siri tersebut, membuatkan HBO tidak berminat untuk meneruskan projek siri TV LOTR ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

lotr 1

Bezos bukanlah seorang yang akan turut serta dalam setiap perbincangan berkaitan Amazon Studios. Tetapi sebagai peminat filem sains fiksyen, beliau mahu cuba dapatkan siri Lord Of The Rings ini untuk Amazon Studios. Ianya sedikit sebanyak bagus untuk menaikkan profil Amazon Studios yang baru ditubuhkan pada November 2010.

Amazon Studios nyata bersedia untuk merealisasikan siri ini selepas kejayaan siri hebat HBO, Game Of Thrones. Itu semua bergantung jika Amazon Studios berjaya membuat perjanjian dengan pihak Warner Bros. Television dan Tolkien Estate untuk meneruskan projek ini.

Sumber