Tuah bahan buangan ikan paus, seorang nelayan bernama Naris Sumannasang, 60 tahun baru-baru ini telah menjadi jutawan sekelip mata apabila beliau berjaya menemui seketul batu ambergris seberat 100 kilogram yang didakwa bernilai 96 juta Baht (+-RM12,953,306).

Ambergris yang ditemui di persisiran pantai Nakhon Si Thammarat, Selatan Thailand itu juga kini menjadi batu ambergris  paling berat yang pernah dijumpai dalam sejarah. Persoalannya mengapakah ambergris ini sangat bernilai sedangkan ia hanya muntah ikan paus?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa itu ambergris?

58817.ngsversion.1421958995652.adapt.1900.1
Sumber: National Geograhic

Ketulan ambergris terbentuk daripada sisa lendir najis ‘ikan paus sperma’ yang menempel di lapisan usus dalam perutnya. Setelah melalui proses penempelan, ketulan ambergris tersebut berubah menjadi warna hitam atau kelabu lalu dimuntahkan menerusi mulut.

Setelah dibuang, ambergris akan mengeluarkan bau busuk kerana ia merupakan buangan najis ikan paus sperma yang suka memakan sotong.

Kebiasaannya, ketulan ambergris akan terapung di permukaan air dan mengambil masa bertahun-tahun untuk hanyut ke persisiran pantai. Proses oksidasi semulajadi akan menyebabkan fizikal ambergris mula mengeras, berubah menjadi warna kuning dan mengeluarkan bau yang sangat wangi.

‘Permata di lautan’ yang mengubah nasib nelayan

NINTCHDBPICT000623038083
Kelihatan Naris memegang batu ambergris yang dijumpainya. Sumber: The Sun

Naris Suwannasang berkata beliau ternampak satu batu besar berbentuk aneh berwarna kuning dan mahu membawanya pulang. Walau bagaimanapun, batu tersebut sangat berat dan Naris terpaksa memanggil sepupunya untuk menolong dia memindahkan batu tersebut ke rumahnya pada 23 November lalu.

Atas rasa ingin tahu, Naris sekeluarga cuba untuk membakar batu misteri tersebut menggunakan pemetik api. Apabila ia dibakar, batu tersebut mula mencair dan mengeluarkan aroma yang aneh. Naris beranggapan bahawa batu tersebut ialah ambergris dan dia bercadang untuk menemui pakar untuk mengetahui kesahihan mengenai batu tersebut.

“Saya ingin tahu lebih lagi mengenai ambergris dan saya akan merujuk kepada pakar universiti tempatan untuk mengesahkan ketulenan batu tersebut. Satu laporan polis juga telah saya buat mengenai penemuan batu misteri ini,” ujar Naris.

Harga mahal disebabkan jarang ditemui

‘Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang’, begitulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi Narin ini. Untuk menemui batu ambergris amatlah sukar kerana struktur fizikalnya saling tidak tumpah dengan batu-batuan yang biasa terdampar di pesisiran pantai.

Berikutan itu, dikhabarkan harga jualan ambergris ini boleh mencecah ratusan ribu ringgit sekilogram. Mahal, bukan? Jika Naris berjaya membuktikan bahawa batu tersebut adalah ambergris gred A, seorang ahli perniagaan di Phuket berminat untuk membelinya dengan harga 960,000 Thai baht (RM128,974) bagi sekilogram.

Bahan berharga dalam industri pembuatan kosmetik dan minyak wangi

laura-chouette-Y_shc2_jtxc-unsplash-1200×900
Minyak wangi Chanel No.5 salah satu produk wangian yang menggunakan ekstrak ambergris. Sumber: Lifestyle Asia Hong Kong

Sangat bertuah kepada sesiapa yang menjumpai ketulan muntah paus ini kerana ia dikatakan bahan rare dan berharga dalam industri pembuatan minyak wangi.

Ambrein merupakan sejenis cecair alkohol kurang bau yang diambil melalui ekstrak daripada ambergris. Ia memberikan kesan aroma wangian tahan lebih lama sekiranya digunakan dalam produk minyak wangi atau barang kosmetik.

Ikan paus diburu dan dibunuh kerana bangsawan Eropah inginkan ambergris

sn-whaling
Sumber: Science Mag

Sebenarnya, penemuan ambergris di dunia ini bukanlah perkara baru. Ia sudah digunakan sejak zaman Mesir purba lagi sebagai bahan campuran untuk menghasillkan kemenyan bagi menutup bau mayat disebabkan penderitaan ‘Wabak Hitam’ pada 749 Hijrah.

Berikutan itu, pada kurun abad ke-18 dan 19, para pakar penghasilan minyak wangi di Eropah mula melakukan satu eksperimen dengan menghasilkan minyak wangi dengan campuran ambergris. Hasilnya, minyak wangi akan jadi lebih wangi dan melekat pada kulit.

Disebabkan permintaannya yang tinggi oleh golongan bangsawan, rata-rata pengeluar minyak wangi sanggup mengupah pemburu profesional untuk membunuh dan membawa balik bangkai ikan paus sperma ke Eropah. Mereka akan membelah ikan paus tersebut dan mengambil ‘berlian ambergris’ yang ada dalam ususnya itu. Dikatakan lebih 5,000 ikan paus sperma dibunuh dan menyebabkan bilangan habitatnya semakin menurun ketika itu.

Disebabkan banyak ikan paus sperma terkorban, pemerintah Amerika Syarikat dan Australia telah mengharamkan penjualan ambergris di bawah kuasa Undang-undang Haiwan Terancam. Namun, ia masih boleh lagi dijual di Perancis dan United Kingdom sehingga ke hari ini.

Menariknya, kisah sejarah ini juga diadaptasikan dalam penerbitan novel terkenal karya Nathaniel Philbrick bertajuk In The Heart of The Sea (2000) dan menjadi inspirasi dalam penghasilan filem In The Heart of The Sea (2015) arahan Ron Howard serta dilakonkan oleh Chris Hemsworth, Tom Holland dan ramai lagi pelakon terkenal.

Pengajaran yang kita boleh ambil adalah tidak semua minyak wangi dihasilkan daripada ekstrak bunga malahan muntah ikan paus juga boleh menghasilkan minyak wangi. Mungkin ada antara anda secara tidak sedar pernah menjumpai batu ambergris ini?

NASA pada ketika ini menawarkan kawasan tanah perkuburan di bulan dengan harga RM50,000. Klik sahaja pautan di bawah untuk membacanya.

Anda Mahu Bersemadi Di Angkasa? NASA Tawar ‘Tanah Kubur’ Di Bulan Dengan Harga RM50,000

‘Perfume’ Dengan Aroma Gadis Sekolah Sedang Jadi Kegilaan Lelaki Jepun

Jutawan Sekelip Mata Rugi RM7.6 Juta, Rasa Ditipu Selepas Jual Batu Meteorit Pada Harga Murah