Siapa yang tidak mahu cantik, bukan? Pastinya ramai yang ingin miliki wajah cerah dan berseri tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila sebuah video TikTok memaparkan beberapa individu yang mendapatkan perkhidmatan suntikan vitamin C sebagai alternatif bagi mendapatkan tona warna kulit yang lebih cerah dengan pantas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa individu yang mendapatkan rawatan suntikan vitamin C hanya berada dalam sebuah kereta dan rumah, bukannya di satu tempat yang khas.

Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen dan ramai yang mempertikaikan tindakan individu-individu tersebut yang sememangnya membahayakan kesihatan diri.

Lantaran itu, isu ini telah mendapat perhatian Dr Ingky dan menurutnya, perkhidmatan suntikan vitamin C yang dilakukan oleh individu tersebut boleh dikenakan hukuman penjara.

Malah, suntikan vitamin C ini adalah haram di seluruh dunia disebabkan timbul keraguan sumber vitamin C itu sendiri. Bukan itu sahaja, tiada mana-mana kilang yang dibenarkan untuk mengeluarkan vitamin C bagi proses kecantikan. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Jadi Bahan Membawang Netizen ‘Mat Salleh’, Wak Doyok Kekal Tenang Terima Kritikan

Disangka Tipu Berat Timbangan, Pembeli Ini ‘Disekolahkan’ Penjual Baja Berpendidikan PhD

Baru Beli Kereta ‘Cash’, Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis