Jenama FashionValet dan dUCk bukanlah satu nama yang asing lagi pada segelintir rakyat Malaysia. Begitu juga dengan nama pengasas bersama kedua-dua jenama tersebut, Datin Vivy Sofinas Yusof yang acap kali mencuri perhatian para media dan pastinya warganet.

Terbaharu, beliau yang lebih mesra disapa sebagai Vivy Yusof telah kembali menarik perhatian apabila beliau memuat naik satu perkongsian di akaun Instagram peribadi miliknya.

Menerusi perkongsian yang telah dimuat naik oleh usahawan berjaya tersebut, beliau berkongsi perancangan terbaharunya iaitu untuk menawarkan cuti tahunan tanpa had kepada pekerjanya.

Difahamkan, tawaran tersebut telah diinspirasikan dari syarikat penstriman gergasi, Netflix di mana syarikat tersebut khabarnya memberikan kelebihan yang sama kepada kakitangannya.

Vivy menerusi perkongsian yang dibuat, turut menceritakan reaksi pekerja senior di syarikatnya yang nyata terkejut dengan cadangan yang dikemukakan oleh usahawan tersebut.

“Saya mencadangkan cuti tanpa had untuk syarikat dan pekerja senior agak terkejut dengan cadangan yang diberikan. Pekerja di Netflix diberikan kepercayaan untuk menguruskan masa serta kerja-kerja pengurusan yang tidak penting juga dapat dikurangkan oleh pengurus, sistem ini berjalan dengan lancar untuk Netflix,” tulisnya.

“Bagaimanapun, kami bukanlah Netflix. Oleh itu kami pada akhirnya telah mencapai kata sepakat yang menarik dan ianya akan dilaksanakan tidak lama lagi. Hal ini termasuklah cuti bulanan ibu bapa dan pengaturan kerja yang fleksibel untuk pekerja FV,” tulisnya lagi.

Meskipun sebelum ini Vivy sering terpalit kontroversi, cadangan terbaharu yang telah dikemukakan olehnya kali ini disambut baik. Susulan perkongsian yang dibuat oleh usahawan muda tersebut, ruangan komen veliau kini telah dibanjiri oleh komen positif dari warganet.

Dalam pada itu, rata-rata dari mereka turut juga menzahirkan hasrat untuk bekerja di syarikat tersebut supaya boleh merasai faedah yang diberikan kepada pekerja syarikat FashionValet.

Untung betul pekerja Vivy Yusof bukan? Diharapkan faedah terbaharu yang bakal dilaksanakan di syarikat yang dikenali sebagai hub untuk jenama dari pereka fesyen tempatan tersebut dapat meningkatkan lagi prestasi kerja mereka.

Baca perkongsian kami mengenai FashionValet dengan klik pautan di bawah.

FashionValet Bercadang Untuk Disenaraikan Di Bursa Malaysia

AirAsia Buktikan Prestasi Semakin Baik Sepanjang Suku Terakhir 2020