Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebelum ini, Azwan Omar atau dikenali sebagai ‘Abang Viva Viral’ menjadi perhatian netizen apabila dirinya yang berbekalkan RM50, kereta Viva dan botnya telah turun ke kawasan terjejas banjir untuk menghulurkan bantuan.

Lantaran itu, ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya untuk mengaut untung dengan meminta dana. Terkejut dengan perkhabaran itu, beliau telah menafikan hal itu.

Malah Azwan menegaskan beliau tidak mahu ada pihak menghulurkan bantuan atau tertipu dengan mana mana pihak yang menggunakan namanya atas kepentingan peribadi. Bukan itu sahaja, beliau turut menafikan dakwaan dirinya mengenakan bayaran kepada pihak media yang ingin menemubualnya.

Walaupun Azwan tidak pernah mengumpul dana atau meminta wang orang ramai tetapi dirinya akui menerima banyak sumbangan daripada individu persendirian atau agensi bukan kerajaan yang terserempak dengannya sewaktu misi menyelamat dijalankan tetapi menolaknya dengan baik.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini pada pautan di bawah. 

Lelaki Ini Teruja Dapat Naik Satu Bot Dengan ‘Abang Viva Viral’ Semasa Beri Bantuan Banjir

‘Hanya Ada Makanan’- Wanita Ini Jelaskan Hal Sebenar Selepas Dikecam Ambil Ketuhar Di Mydin Mart

‘Tak Semua Sekuat Itu’- Netizen Sebak Lihat Ebby Yus Mampu Tersenyum Kongsi Detik Rumah Hanyut

Anda Mungkin Suka