Sejak akhir-akhir ini, dapat dibaca hampir setiap hari terdapat kes individu di Malaysia yang memilih jalan untuk bunuh diri akibat tekanan hidup dan sebagainya.

Kes yang wajar dipandang serius ini walau bagaimanapun telah menjadi segelintir agen takaful yang mempromosikan produk mereka dengan mengaitkan dengan isu bunuh diri di mana ahli keluarga terdekat berpeluang menerima pampasan hibah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
E5NUXpmVoAQ7Npl
Sumber: twitter Pedoqpop

Isu yang dianggap sensitif dan dipromosikan untuk orang ramai mendapatkan takaful disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang belum mempunyai tarikh tamat ini walau bagaimanapun kurang disenangi para netizen.

Menerusi isu yang berlaku, para netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir agen takaful yang mempromosikan produk mereka dengan etika yang salah. Tidak kurang juga agen takaful yang menolak iklan seperti ini yang mampu membuatkan orang ramai semakin tidak berminat mendapatkan takaful.

Melihat kepada keadaan semasa di mana orang ramai tertekan serta mendapatkan makanan menjadi taruhan berikutan kegagalan untuk keluar mencari rezeki, diharap orang ramai dapat menjaga sensitiviti masing-masing.

Menghulurkan bantuan merupakan langkah yang lebih baik berbanding seolah mengugut orang ramai mendapatkan takaful dengan mengaitkannya dengan isu bunuh diri di musim pandemik ini.

Kemas kini: Difahamkan agen takaful ini telah mendapat perhatian syarikat AIA di mana syarikat berkenaan telah mengambil tindakan terhadap tindakan yang dibuat.

Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat lemas sewaktu mengikuti kursus selaman di Pulau Perhentian. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Lelaki Ikuti Kursus Selaman Meninggal Dunia Selepas Lemas Di Pulau Perhentian

Curi Gambar Mangsa Di Media Sosial, ‘Scammer’ Ugut Santau Jika Tidak Beri RM100