Tahukah anda bahawa negara luar terlibat secara aktif dengan Palestin yang dilanda dengan konflik disebabkan perbuatan terkutuk Israel. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh masyarakat antarabangsa, namun Palestin terus diduduki oleh Israel, bahkan hingga ke tahap krisis.

Memetik data daripada Stepfeed, negara-negara ini mengemukakan penyelesaian dua negara dan secara konsisten memberikan sokongan dan bantuan kepada Palestin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Amerika syarikat jatuh di tangga pertama sebagai negara yang paling banyak membantu Palestin dengan nilai sehingga $ 364 juta. Namun terdapat ura-ura mengatakan bahawa AS mahu mengurangkan bantuan selepas berlaku pertelingkahan di antara AS dan Palestin Presiden.

Sebagai penderma terbesar kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) sejak 2009 secara konsisten, pengurangan sumbangan oleh AS ini boleh membawa kepada “akibat yang mengerikan”.

Selain US, Kesatuan Eropah berada di tangga kedua dengan nilai tambahan sebanyak $ 143 juta. Difahamkan bahawa ugutan pengurangan daripada AS telah membuatkan Kesatuan Eropah menjanjikan nilai tambahan €42.5 juta ($ 52.9 juta).

Pakej bantuan itu termasuk €14.9 juta ($ 18.5 juta) yang diperuntukkan untuk pemeliharaan “karakter Palestin di Baitulmaqdis Timur”, dan €27.5 juta ($ 34.2 juta) untuk penubuhan institusi untuk memudahkan demokrasi dan akauntabiliti di Palestin.

Di tangga ketiga adalah Jerman pada nilai $ 76 juta. Bantuan Jerman merangkumi program pembinaan semula Gaza dan juga infrastruktur lain yang sudah hancur sepenuhnya semasa konflik Israel-Gaza. Jerman juga menjanjikan pembinaan dua sekolah di Semananjung Gaza dan menyediakan pendidikan kepada 6,000 pelajar.

Selain itu, antara negara lain yang turut membantu Palestin adalah Sweden ($ 62 juta), United Kingdom ($ 60 juta), Arab Saudi ($ 51 juta), Jepun ($ 43 juta), Switzerland ($ 27 juta), Norway ($ 26 juta) dan Belanda ($ 21 juta).

Kebanyakan bantuan ini disalurkan untuk memulihkan semula Palestin yang teruk dibedil oleh Israel. Dengan wang ini, rumah, sekolah dan kemudahan awam dapat dibina semula. Ia juga mampu menjadi harapan kecil Palestin untuk bangkit setelah perang.

Pekerja yahudi di Google desak CEO sokong Palestin, kutuk kekejaman Israel. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pekerja Yahudi Di Google Desak CEO Sokong Palestin, Kutuk Kekejaman Israel

‘Padam Sejarah Sendiri Demi Bangsa Arab?’ – Netizen Persoal Jalan Raja Laut 1 Tukar Jadi Jalan Palestin

Kumpulan Rage Against The Machine Dikecam Peminat Kerana Sokong Palestin