Sejak tahun 2018, Amerika Syarikat telah membelanjakan kira-kira AS$230 juta iaitu hampir RM1 bilion untuk membantu keselamatan Malaysia dalam program latihan dan pertukaran berkaitan ketenteraan. Bantuan keselamatan ini juga merangkumi penyediaan peralatan serta pendidikan, lapor Bernama.

Jeneral Memerintah Tentera Amerika Syarikat Pasifik (USARPAC), Charles A Flynn berkata semasa merasmikan US Partnership Pavilion bahawa AS berbangga dapat bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia dalam bidang pembangunan utama. Beliau juga menanti perkembangan hubungan dua hala pada perbincangan Malaysia-AS yang akan berlangsung tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah beliau lagi, perkongsian antara AS dan Malaysia diasaskan berdasarkan prinsip keselamatan dan kesejahteraan serta hubungan pelbagai hala dan perkongsian beban di seluruh Asia Tenggara. Selain itu, beliau melihat usaha komited Tentera Malaysia dalam memberi komitmen ketika menyertai latihan dua hala seperti Keris Strike dan Bersama Warriors walaupun berdepan cabaran COVID-19.

Difahamkan, dua perajurit Malaysia bakal menjalani latihan dalam operasi hutan di Lightning Academy di Hawaii sebagai sebahagian daripada program latihan pertukaran.

US Partnership Pavilion bakal bermula semalam sehingga Khamis ini. Ia bakal disertai 12 syarikat AS dalam mempamerkan produk mereka. Pavilion AS adalah antara 20 pavilion yang diwakili 20 negara yang mengambil bahagian dalam acara pertahanan antarabangsa.

Petah berbahasa Melayu, duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia ini curi tumpuan netizen. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Petah Berbahasa Melayu, Duta Besar Amerika Syarikat Ke Malaysia Ini Curi Tumpuan Netizen

Pernah Tinggal Dan Bersekolah Di Malaysia, Datuk Bandar Di Amerika Syarikat Jadi Perhatian

Netizen Bangga Lihat Pelajar Malaysia Ini Berucap Depan 6,000 Orang Pada Hari Graduasi Di Amerika Syarikat