Hubungan keruh dua negara – Iran dan Amerika Syarikat (AS) – memasuki episod baharu apabila kedua-dua negara dilaporkan telah memberi kebenaran kepada jet pejuang masing-masing untuk berlepas dari pangkalan.

AS yang sedang berada di dalam keadaan berjaga-jaga susulan insiden kematian pegawai tertinggi Iran, Qassim Soleimani pada 3 Januari lalu sedang bersiap sedia untuk menghadapi perang.

Terbaharu, melalui satu ciapan yang dibuat oleh agensi media antarabangsa, Global Times mengesahkan bahawa jet pejuang Iran telah memasuki ruang udara Iraq.

AS juga dilaporkan telah memberi kebenaran kepada jet pejuang jenis US F-35 untuk berlepas dari ruang udara UAE dan menuju ke Iraq.

Manakala satu ciapan dari pengguna Twitter, @RanjAlaaldin turut menyatakan perkara yang sama di mana.

Semalam, CNN melaporkan bahawa kem tentera AS di Iraq telah dibedil oleh peluru berpandu Iran.

Agensi berita Iran, Mehr, berkata Pengawal Revolusi Islam Iran telah menyasarkan pangkalan itu.

Tehran telah bersumpah untuk membalas dendam di atas pembunuhan komander tentera Iran, Qassem Soleimani.

Presiden AS Donald Trump telah diberi taklimat mengenai laporan serangan terhadap pangkalan AS di Iraq dan sedang memantau keadaan, kata jurucakap White House, Stephanie Grisham.

“Kami menyedari laporan serangan terhadap kemudahan AS di Iraq. Presiden telah diberi taklimat dan sedang mengawasi situasi yang rapat dan berunding dengan pasukan keamanan nasional,”kata Grisham dalam satu pernyataan.

Beberapa hari lalu, Trump mengakui bahawa beliau memberi arahan ke atas serangan yang membunuh pegawai tertinggi Iran. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Komander Tertinggi Iran Terbunuh Dalam Serangan Udara Amerika Syarikat Di Baghdad

 

Sumber