Angkatan Angkasa Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kemungkinan serangan China terhadap aset luar angkasa AS. Ini selepas China dikatakan mempunyai peluru berpandu yang mempunyai kemampuan untuk dilancarkan dari darat sehingga ke luar angkasa bagi memusnahkan satelit AS.

Ketua Angkatan Angkasa AS, John Raymond, mendakwa Beijing telah mengembangkan sejumlah besar teknologi ruang angkasa yang dapat memerangi satelit AS. “Saya yakin bahawa kemampuan yang mereka kembangkan akan digunakan oleh mereka,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Futurism.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

China dan Rusia kini sedang berkerjasama dalam perlumbaan untuk membina teknologi luar angkasa. Kedua-dua negara ini dikatakan sedang mengembangkan teknologi anti-satelit yang membuatkan para pemimpin negara lain, terutamanya AS mula mengambil sikap berwaspada.

Menurut laporan Express, di bawah kepimpinan Donald Trump, hubungan di antara AS dan China memburuk setelah beliau menubuhkan Angkatan Angkasa AS yang merupakan kekuatan tentera baru bagi menjadikan negara itu sebagai salah satu kuasa besar di angkasa lepas.

Untuk rekod, Agensi Angkasa Negara China kini telah melancarkan kapal angkasa Shenzou-12, yang akan membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa Tiangong yang baru, untuk pertama kalinya.

Tanda pagar #StopAsianHate tersebar luas di media sosial selepas beberapa siri kes serangan perkauman terhadap orang Asia-Amerika telah meningkat di beberapa kawasan di Amerika Syarikat. Kenapa perkara ini terjadi? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Serangan Anti Asia Merebak Di Amerika Syarikat, Apakah Punca Di Sebalik Kejadian Ini?

Lukisan Kartun ‘Bendera Coronavirus’ Cetuskan Kemarahan China