Seperti ramai sedia maklum, kehadiran varian Omicron yang mampu merebak dengan cepat secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 dalam dan luar negara. Malaysia juga tidak terkecuali menerusi data terbaru yang mencatatkan 31,199 individu postif COVID-19 menerusi kes harian.

Hal ini turut mendapat mendapat perhatian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) yang memaklumkan Malaysia pada ketika ini berada dalam senarai destinasi berisiko tinggi buat para pelancong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi laporan CNN, CDC menyenaraikan Malaysia dalam tahap 4 iaitu sangat berisiko tinggi di mana lebih daripada 500 kes bagi setiap 100,000 penduduk didaftarkan dalam tempoh 28 hari yang lalu.

Difahamkan Malaysia merupakan antara destinasi pilihan pelancong berikutan keunikan dan kepelbagaian budaya yang tersedia dalam negara.

Selain itu, pihak CDC turut menyenaraikan tiga negara lain iaitu Bhutan, Brunei dan Iran dalam kategori tahap 4. Britain muncul sebagai negara paling lama berada dalam senarai CDC selepas berada dalam senarai berkenaan sejak Julai 2021.

Tular pada minggu ini apabila sebuah resort menjadi mangsa buli calon SPM 2021 selepas didakwa menjadi punca salah jawab ujian mendengar.

Resort Ini Jadi Mangsa Buli Calon SPM 2021, Dakwa Jadi Punca Salah Jawab Ujian Mendengar

Netizen Pertikai Keberkesanan RFID Selepas Gambar Pengguna ‘Tersangkut’ Di Tol Jalan Duta Tular