Selari dengan perkembangan teknologi semasa, para tentera juga memerlukan gadget yang lebih canggih bagi memberi kelebihan di medan perang. Penawaran spesifikasi yang hebat serta tahan lasak sudah pastinya menjadi kriteria utama buat para tentera.

Terbaharu, Samsung telah melancarkan Galaxy S20 Tactical Edition (TE) khusus untuk kegunaan askar di medan perang. Bertepatan dengan apa yang diperlukan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DOD) serta melepasi piawaian Agensi Keselamatan Negara (NSA), model ini secara rasmi telah dipilih Amerika Syarikat sebagai peranti rasmi buat para tentera mereka.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

samsung-galaxy-s20-tactical-edition

Menerusi versi Tactical Edition ini, Samsung Galaxy S20 TE dilengkapi dengan mod pandangan malam, skrin yang lebih sensitif serta mesra sarung tangan taktikal. Model ini turut dilengkapi dengan butang khas dalam memadamkan rangkaian internet dan radio bagi mengelakkan daripada dijejak musuh.

Dari segi spesifikasi, model ini hadir dengan skrin 6.2-inci Fluid AMOLED, processor Snapdragon 865, RAM 12GB beserta ruang storan 128GB. Kamera yang ditawarkan hadir dengan lensa 64,12,12-megapixel manakala pada bahagian hadapan dilengkapi dengan kamera 10-megapixel.

galaxy-s20-tactical-edition-2

Meskipun dilengkapi dengan rekaan yang kukuh serta spesifikasi yang menarik, model ini nampaknya tidak ditawarkan kepada orang awam. Untuk pengetahuan, tentera elit di Amerika Syarikat sebelum ini menggunakan iPhone 6S dan Samsung Galaxy Note 2 sebelum digantikan kepada model terbaru yang lebih canggih ini.

Ketahui juga mengapa iPhone 5 yang mula dilancarkan 2012 kini kembali menjadi rebutan dan dijual dengan harga melebihi harga pelancaran. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Dianggap ‘Rare’, iPhone 5 Menjadi Buruan Di Ebay Dengan Harga Sehingga RM3,452

Apple iPhone 12 Mungkin Tidak Lagi Didatangkan Dengan EarPods

Anda Mungkin Suka